Pilihan

Pernah x kita di beri situasi untuk mmbuat pilihan? Dan kadangkala kita x pernah untuk berfikir di hujung pilihan tersebut.. dan ada yang takut, lantas membiarkan sahaja tanpa memilih, kerana selagi kita tidak pernah membuat pilihan tersebut. Segala-galanya pasti tidak akan berubah.

Akan tetapi, sampai bila untuk kita membiarkan perkara tersebut tanpa perlu membuat pilihan? Lambat laun, pilihan itu arus dibuat. Cuma keadaan pilihan itu di laksanakan adalah sangat berbeza. Aku pernah tersalah membuat pilihan, dan pilihan yang aku buat telah mengubah seluruh hidup aku. Dan aku sendiri masih tidak pasti tentang keadaan seterusnya.

Tetapi, inilah bayaran yang aku harus terima, sakit? Terpulang kepada keadaan. Tetapi aku berterima kasih dengan pilihan aku itu sebab aku dapat belajar, apa yang sepatutnya aku belajar. Dan terima semua untuk kebaikkan aku sendiri.


0 comments: