sesuatu yang tertunda


Sesuatu yang baru sangat sukar untuk di mulakan. Sama seperti pernulisan aku, sukar untuk aku mulakan, kerana aku bukan seorang penulis. Mungkin kurang pembacaan aku untuk buku2 berunsur ilmiah.. mungkin.. sesuatu yang kurang pasti..

akan tetapi aku menulis bukan untuk tatapan orang, tp lebih kepada kepuasan aku sendiri… yang pasti aku puas dengan apa yang aku karangkan… kebanyakkannya tersasar daripada landasan… tajuk yang tidak kena dgn isi.. dan penuh dgn samaran..

untuk menjaga hati manusia lain.. terpaksalah aku cari sesuatu sebagai perlambangan, masukkan sedikit unsur hiperbola dan metafora maka selesai penceritaan aku… mungkin disini cerita daripada hati aku untuk diri aku…




Banyak yang nk d perkatakan.. dan banyak yg x mampu aku luahkan, kerana perkara tersebut sangat sulit bagi aku dan orang2 sekeliling aku. Kematian, perkara yang banyak merubah aku untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Terima kasih, untuk mereka yang mengata, mengutuk n memfitnah aku. Dan jangan risau, aku bukan manusia yang jenis berdendam. X perlu minx maaf, sebab aku dah lama maafkan, kerana aku paham kita manusia selalu melakukan kesilapan.

Jalan apa yang aku pilih, itu adalah jalan aku sendiri. Aku ada akal fikiran yang sangat waras, untuk berfikir. Sebab itu manusia di lantik menjadi kalifah dan semua makhluk allah tunduk, akan tetapi mungkin aku kadang2 leka. dan terima kasih kerana mengigatkan aku. Dan aku berharap kau di rahmati allah. amin